Bentuk-Bentuk Bantuan Daripada Jin
1. Sihir
Maksud Sihir
Dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus ( jin), dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Jenis sihir
- Sihir pemisah (perceraian)
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah
- Sihir pukau
Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
- Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka
2. Susuk
Maksud Susuk
Merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Jenis Susuk
1. Susuk Berlian
- Sesuai untuk anda yang ingin nampak cantik, jelita, awet muda
- Membangkitkan aura keghairahan dan tampak seksi apabila dipandang
- Mudah untuk mendapatkan jodoh
- Tampil berani dan berwawasan
- Dipandang penuh karisma
- Tiada kesan sampingan
- Berfungsi sebagai aura pengasihan supaya orang berasa kasih dan mudah tertarik pada diri anda
- Kesannya adalah drastik dan dapat dilihat sebaik sahaja susuk berlian dipasangkan
- Aura serinya adalah sampai bila-bila, sampai mati
2. Susuk Raksa
- Sesuai untuk orang yang bekerja dalam industri berat contohnya ahli binaan bangunan
- Sering menjadi pilihan para atlet untuk menguatkan stamina
- Pemain bola akan memasangnya pada anggota kaki agar tendangannya lebih kencang dan mantap
- Side effect akan dirasai apabila usia memasuki 60-an
- Kesannya semakin berkurangan apabila usia senja
- Kesannya juga drastik sebaik sahaja susuk raksa dipasangkan
3. Bomoh
Maksud Bomoh
Merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulukala.[ 1] Bomoh mengubat berdasarkan penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, bomoh akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh daripada alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit.
Bomoh merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau sahaja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib.
ReplyForward
|
Comments
Post a Comment