Asal usul Jin dan Tempat tinggal Jin



·        Jin adalah makhluk yang hidup bersama kita menghuni planet bumi ini. Bahkan kehadiran jin lebih dahulu dari manusia.
·        Jin ini merupakan makhluk mukallaf yang dikenakan hukum dan kewajipan seperti manusia. Hal ini kerana mereka memiliki nafsu,akal dan kehendak bebas.
·        Allah berfirman bermaksud “ Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”.
·        Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana disebabkan itulah jin ini dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.
·        Makhluk jin ini diciptakan dari zat yang sejenis udara. Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: iaitu dari hujung nyalanya api sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rahman: 15 yang bermaksud:
           “ Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”.
·        Permulaan terciptanya jin
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata”Jin merupakan penghuni bumi dan malaikat penghuni langit. Merekalah yang memakmurkannya. Di setiap langit ada para malaikat yang mendirikan solat, bertasbih dan berdoa. Para malaikat di setiap tingkat langit yang lebih tinggi memiliki ibadah, tasbih dan doa yang lebih banyak daripada tingkatan di bawahnya. Jadi para malaikat merupakan penghuni langit dan jin penghuni bumi”
Jin diciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam A.S

“ Dan, Kami telah menciptakan jin sebelum(Adam) dari api yang sangat panas” (Al Hijr:27)


TEMPAT TINGGAL JIN
1) Bilik Air
* jin kafir yang merasa seronok dengan bau yang busuk kerana memang jasad mereka busuk
*  Zaid bin Adham menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya  :
Sesungguhnya bilik air ini ada mengandungi jin, apabila salah seorang kamu masuk tandas hendaklah ia berkata “Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”

2) Kampung-kampung, gunung- ganang dan  lembah-lembah
*sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Abusy-Syeikh di dalam kitabnya "العظمكة" :

“Telah berlaku pertengkaran di antara jin Islam dan jin musyrikin, maka mereka memohon kepadaku untuk menempatkan mereka, secara berasingan. Maka aku letakkan jihn Islam di kampung-kampung dan gunung ganang dan aku letakkan jin kafir di antara gunung dan laut.”

3)Rumah Orang Islam
*sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir, mafhumnya :
"Tidak adalah satu rumah daripada kaum muslimin melainkan di atap rumah mereka ada golongan jin Islam. Apabila mereka meletakkan makannan di waktu siang , golongan jin turun dan makan tengah hari bersama mereka dan apabila manusia meletakkan makana malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka itu".
*Namun jika mengamalkan membaca Ayat-ayat Al-Quran maka jin tidak dapat masuk ke dalam rumah- rumah orang islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W, mafhumnya:
"Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya terus menyebut nama Allah dan begitu juga ketika makan, maka syaitan berkata, maka tidak ada tempat tinggal dan tidak ada tempat makan, dan apabila disebut nama Allah ketika masuk tetapi tidak ketika makan maka syaitan berkata kamu dapat makan tetapi tidak dapat tempat tinggal dan apabila tidak menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan maka syaitan mengatakan kamu dapat tempat tinggal dan dapat makan". 


*  Setiap rumah yang dibacakan surah Al Baqarah maka syaitan tidak akan masuk ke rumah itu selama tiga hari dari tarikh membacanya itu sebagaimana mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
"Jangan engkau jadikan rumahmu sebagai kubur sesungguhnya rumah yang dibacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan".



*Mafhum sabdanya lagi yang diriwayatkan oleh Sahl bin Saad :

"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuncaknya, sesungguhnya kemuncak Al Quran itu adalah surah Al Baqarah, sesungguhnya sesiapa yang membacanya dia rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk selama tiga malam, dan sekiranya dibaca pada waktu siang mereka tidak akan masuk selama tiga hari".  

4) Pasar-Pasar( Tempat berlaku kemaksiatan)
*Nabi s.a.w pernah berpesan kepada seorang sahabat baginda dengan mafhum sabdanya :


"Kalau boleh janganlah kamu termasuk daripada orang yang awal masuk ke pasar dan jangan jadi orang ayang terakhir keluar daripadanya  kerana pasar tempat perjuangan syaitan dan situlah ditegakkan benderanya".



Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan

Bentuk-Bentuk Bantuan Daripada Jin