Posts

Showing posts from October, 2019

Ayat dan Doa Pendinding Diri Dari Gangguan Jin

Image
Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian ayat-ayat dan doa pendinding diri yang boleh kita semua amalkan dalam kehidupan seharian. 1. Doa pendinding sihir Surah An-Nisa’ Ayat 84 Surah Yusuf Ayat 64 2. Doa Penunduk Sihir Surah Al-A’raf Ayat 118-122 Surah Toha Ayat 69 3. Doa Pembatal Sihir Surah Yunus Ayat 81-82 AYAT RUQYAH MENGIKUT ATURAN Tanda-tanda yang anda mungkin mengalami gangguan sihir   Rujukan diambil dari website berikut

Bentuk-Bentuk Bantuan Daripada Jin

Image
1. Sihir  Maksud Sihir   Dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan  makhluk halus  ( jin), dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga  meramal masa hadapan . Penggunaan istilah sihir dalam alam  Melayu  pada kebiasaannya merujuk kepada  ilmu hitam . Jenis sihir Sihir pemisah (perceraian) Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gu...

JENIS-JENIS JIN DAN TUGASNYA

Image
JENIS-JENIS JIN & TUGASANNYA   PEMBAHAGIAN JIN   Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya  “ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a :   خَلَقَ اللهُ تَعَالَى الجِنَّ ثَلَاثَةَ أَصْنَافٍ صِنْفٌ حَيَّاتٌ وَعَقَارِبُ وَحَشَائِشُ وَصِنْفُ كَالرِّيحِ فِى الْهَوَاءِ وَصِنْفٌ عَلَيْهِمُ الْحِسَابُ وَالْعِقَابُ   Maksudnya : “ Allah swt menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan dikenakan hisab dan diseksa.”   Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah saw bersabda :   الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ  Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjin...

Asal usul Jin dan Tempat tinggal Jin

·         Jin adalah makhluk yang hidup bersama kita menghuni planet bumi ini. Bahkan kehadiran jin lebih dahulu dari manusia. ·         Jin ini merupakan makhluk mukallaf yang dikenakan hukum dan kewajipan seperti manusia. Hal ini kerana mereka memiliki nafsu,akal dan kehendak bebas. ·         Allah berfirman bermaksud “ Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu”. ·         Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana disebabkan itulah jin ini dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. ·         Makhluk jin ini diciptakan dari zat yang sejenis udara. Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: iaitu dari hujung nyalanya api sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api. Sebagaimana ...

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t semua, Ini merupakan post pertama kami di blog ini, jadi lebih manis jika kami menerangkan serba sedikit mengapa kami mencipta blog ini dan siapa yang terlibat dalam penulisan blog ini. Pertama sekali, blog ini dicipta adalah untuk melengkapkan tugasan kumpulan kami bagi subjek Asas Pengubatan Islam (LMCR1652) yang dibimbing oleh Dr Abdul Salam Bin Yussof. Kami merupakan Kumpulan 3 dalam kelas Set 1 Kumpulan kami terdiri daripada 7 anggota iaitu seorang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan: 1) Muhammad Fikhri Bin Husain (A175800) 2) Nik Nur Hidayah Binti Nik Muhammad Japlus (A174698) 3) Nor Najihah Binti Zafari (A175620) 4) Nur Fakhirah Binti Abd Kadir (A173740) 5) Nurin Rizwana Binti Abdul Razak (A174783) 6) Nurul Elina Binti Zulkifli (A176247) 7) Syafina Natasya Binti Mohd Nazri (A174714) Kami ditugaskan untuk mengupas tajuk “Mengenal Alam Jin” dimana post di dalam blog ini akan mengupas isu-isu yang berka...